Wednesday, 30 October 2013

Atk Sessions



1.0               ATK SESSIONS

SESSION

ATK mempunyai beberapa kaedah pengendalian session tersendiri untuk mengingati dan penggunaan data permohonan.

Berikut merupakan jenis session yang boleh digunakan dalam ATK :-

         i.            SESSION_DEFAULT
=
Mengekalkan stack level semasa dan pengguna hanya perlu refresh paparan semasa. Contoh penggunaan SESSION_DEFAULT adalah semasa proses carian (search) atau penyusunan (sort) dalam recordlist.

       ii.            SESSION_NEW
=
Session ini akan reset kembali session stack semasa. Sekiranya paparan tersebut menggunakan session ini, ia akan bermula dengan level 0.

      iii.            SESSION_NESTED
=
Jika link page menggunakan session ini, paparan level akan bertambah 1 level ke dalam berbanding paparan semasa. Pengguna boleh menggunakan back-methods untuk kembali ke page sebelumnya.

     iv.            SESSION_BACK
=
Session ini bertindak sebagai back-link dan akan kembali ke paparan dengan 1 level lebih rendah. Kebiasaannya, session ini digunakan semasa penggunaan butang back.

       v.            SESSION_REPLACE
=
Sama seperti SESSION_DEFAULT tetapi berbeza di mana paparan semasa akan digantikan dengan paparan lain. Ini berlaku semasa penggunaan NF_EDITAFTERADD.

     vi.            SESSION_PARTIAL
=
Sama seperti SESSION_REPLACE tetapi ia mengabaikan atknodetype dan atkaction.

Rajah di bawah merupakan ilustrasi penggunaan session tersebut untuk memudahkan pengguna memahami konsep session dalam ATK ini.
  
                                                       Rajah 1 Ilustrasi Penggunaan Session Dalam ATK


atkstackid

Dalam PHP, setiap pengguna mempunyai satu session per user. Walau bagaimanapun, jika pengguna membuka 2 windows untuk aplikasi yang sama, setiap window mempunyai session tersendiri. Kebanyakan framework tidak menyokong penggunaan multi window ini. Dalam ATK, ‘stacks’ digunakan untuk mengatasi masalah ini. Setiap window aplikasi ini mempunyai stack tersendiri dan ia diklasifikasikan menggunakan stackid.

atkprevlevel

atkprevlevel adalah singkatan kepada previous level. Ia digunakan secara dalaman oleh session manager untuk menjejaki url dalam pembukaan window baru. PHP tidak dapat menentukan samada page request dari window yang sama atau window yang baru. ATK framework ini mampu mengatasi masalah ini dengan menganalisis stack level semasa dan stack level sebelumnya.
 

Published on
29/10/2013 19:57
by izzat

















0 comments:

Post a Comment