Sunday 1 November 2015

Bagaimana menggunakan minda dengan cara yang efektif

Langkah 1 ~ Menyedari kuasa minda kita

Semua orang adalah berpotensi untuk menjadi seorang yang bijak kerana otak manusia adalah sangat hebat berbanding dengan komputer dan dikatakan potensi mutlak otak manusia masih belum diketahui.

Langkah 2 ~ Jadikan minda kita sebagai suatu hobi

Setelah kita menyedari (langkah 1), dan apabila kita menumpukan pada sesuatu seperti membaca, belajar, menghadiri kursus atau apa-apa sahaja, otak kita akan bertindak memberikan respon positif secara langsung kepada kita.

Langkah 3 ~ Gunakan kedua belah otak kiri dan kanan

Otak kiri diciptakan untuk memproses sesuatu seperti tulisan, nombor, garisan, senarai, logik dan analisis.

Manakala, otak kanan pula adalah untuk aktiviti seperti irama, warna, bentuk, peta, imaginasi dan juga berangan-angan.

Sebagai contoh; seseorang yang ingin menjadi sangat kreatif terhadap kerja atau tugas perlu bersungguh-sungguh menggunakan otak secara yang harmoni supaya menghasilkan sesuatu yang hebat, justeru mereka perlu menggunakan kedua-dua belah otak seperti logik, analisis, irama, bunyi dan aspek-aspek lain yang berkaitan.

Langkah 4 ~ Berangan-angan

Ada orang mengatakan langkah ini adalah mengarut dan tidak bagus untuk otak. Sebenarnya pernyataan tersebut tidak selalunya benar. Terdapat ramai tokoh sebelum kita yang telah berjaya di dalam pelbagai cabang ilmu dengan menghasilkan variasi terhadap inovasi hanya bermula dengan angan-angan.

Jika disalurkan dengan tepat, angan-angan mampu membuka minda kita dan menjadikan kita sentiasa berfikir di luar kotak.

Langkah 5 ~ Rumusan

Bijak pandai masa lalu selalu mengimpikan sesuatu yang hebat, kemudian mereka akan mula memikirkan bagaimana menjadikannya realiti dan berusaha keras terhadapnya.

Kita perlu mengambil sikap yang 'kita boleh melakukannya'. Impikanlah apa-apa saja yang kita ingini atau mahukan, kemudian berusahalah untuknya kerana dengan cara ini barulah kita dipanggil bijaksana, anda dan saya dan semua di luar sana boleh mendapatkannya.

0 comments:

Post a Comment