Tuesday 13 October 2015

jQuery Plugin : Sweet Alert

 


PENGENALAN

Sweet Alert adalah salah satu jQuery plugin untuk menggantikan javascript alert yang biasa digunakan oleh pengaturcara.

Selalunya, para pengaturcara akan menggunakan kod yang biasa bagi memaparkan alert pada sesuatu website iaitu
alert("Oops... Something went wrong!");

Paparan yang terhasil adalah seperti berikut


Tetapi dengan menggunakan plugin ini, pengaturcara hanya memasukkan kod berikut
sweetAlert("Oops...", "Something went wrong!", "error");

Paparan yang akan terhasil dari kod di atas iaitu

CARA MENGGUNAKANNYA

  1. Muat turun fail CSS dan Javascript yang berkaitan dari laman web https://github.com/t4t5/sweetalert/archive/master.zip
  2. Masukkan kod berikut pada laman web
    <script src="dist/sweetalert.min.js"></script
    <link rel="stylesheet" type="text/css" href="dist/sweetalert.css">
  3. Panggil function berikut apabila page telah selesai load
    swal({
      title: "Error!",
      text: "Here's my error message!",
      type: "error",
      confirmButtonText: "Cool"
    });
Terdapat juga contoh lain seperti confirmation box, alert dengan gambar, ajax, alert dengan timer dan banyak lagi.

Anda boleh melihat sendiri contoh-contoh tersebut pada laman web http://t4t5.github.io/sweetalert/



Disediakan oleh Marzuki bin Ahmad

Sumber : http://t4t5.github.io/sweetalert/

0 comments:

Post a Comment