Thursday 29 October 2015

JSON ~ Bahagian 3: Apakah jenis data JSON?

JSON menyokong beberapa jenis data, di antaranya adalah seperti objek, tatatsusunan,   string dan nombor.

Bagaimanakah bentuk objek dalam JSON?

  • Merupakan pasangan nama dan nilai yang tidak tersusun.  
  • Dimulakan dengan curly braces { (kurungan kiri) dan diakhiri dengan curly braces } (kurungan kanan). 
  • Setiap nama diikuti dengan : (titik dua bertindih) sebelum nilai. 
  • Pasangan nama dan nilai diasingkan oleh , (koma). 
  • Contoh :

     {    
          "nama" : "Abu",
          "umur" : 40,

          "asal":"Taiping, Perak"
     }


Bagaimanakah bentuk tatasusunan dalam JSON? 

  • Merupakan nilai (kumpulan) tersusun.
  • Dimulakan dengan square braces [ (kurungan kiri) dan diakhiri dengan square braces ] (kurungan kanan).
  • Nilai diasingkan dengan , (koma).
  • Contoh :
         [ 100, 500, 300, 200, 400 ]

Bagaimanakah bentuk nombor dalam JSON?

  • Nombor merupakan yang sama seperti nombor-nombor dalam bahasa pengaturcaraan C atau Java, kecuali yang dalam format octal atau hexadecimal di mana ia tidak akan digunakan.
  • Contoh octal - 82
  • Contoh hexadecimal – 000213
Bagaimanakah bentuk string dalam JSON?

  • Merupakan turutan aksara-aksara Unicode dalam double quotes “”. 
  • Menggunakan tanda back slash \. 
  • Ditunjukkan sebagai string character tunggal yang serupa seperti dalam bahasa pengaturcaraan C atau Java.

0 comments:

Post a Comment