Tuesday 29 October 2013

ATK Framework


APA ITU ATK

ATK Tool Kit (ATK) ialah satu tool lengkap digunakan untuk membangunkan aplikasi yang berasaskan web secara object oriented dan menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan utama. Dengan kod yang ringkas dan mudah, ia sudah memadai untuk menjana satu aplikasi yang lengkap malah memudahkan penyelenggaraannya pada masa hadapan.


Untuk membangunkan aplikasi menggunakan ATK ini, pengguna tidak semestinya  mempunyai kemahiran tinggi dalam pengaturcaraan PHP. Dengan hanya mempunyai konsep asas , ia sudah memadai untuk pengguna memahami panduan penggunaannya. Jika pengguna tiada mempunyai asas dalam pengaturcaraan PHP ini , cari tutorial di web . Laman www.php.net ialah salah satu web sebagai panduan untuk pengguna yang mahu berjinak-jinak dan mempelajari tentang PHP. Selain itu, pengguna juga harus berpengetahuan dalam pengurusan pangkalan data (database).



 LANGKAH-LANGKAH INSTALASI ATK


1. Muat turun ATK 

ATK Framework boleh dimuat turun di www.ATK.org/atk/download, dan di bawah "ATK ‘getting started' (library + aplikasi demo)".

2.  Muat turun oracle10g Express Edition (jika perlu)

Oracle10g Express Edition ( Pangkalan Data Oracle XE)  ialah pangkalan data yang di beri secara percuma , instalasi yang mudah , mudah diselenggara dan mudah digunakan. Layari laman web www.oracle.com dan muat turun Oracle Database 10g Express Edition. Kemudian instal Oracle tersebut.

3. Muat Turun Zend Studio

Zend Studio berkeupayaan tinggi dan mudah diinstalasi serta menyokong pembangunan web yang berorentasikan PHP.

4. Instalasi ATK

Unzip atkdemo-6.2.0 yang telah dimuat turun ke dalam root web server . Contohnya c:\wamp\www.


Pengguna juga boleh mengubah nama folder yang telah dizip tersebut mengikut citarasa pengguna., contohnya myapp. Oleh itu directorinya adalah c:\wamp\www\myapp

5. Konfigurasi

Dalam direktori myapp yang telah dicipta tadi, terdapat beberapa fail dan direktori yang lain. Fail yang paling utama adalah config.inc.php kerana ia mengandungi konfigurasi direktori yang penting seperti konfigurasi untuk menghubungkan pangkalan data yang akan digunakan.

Cari arahan berikut ;

$config_db["default"]["driver"]
$config_db["default"]["host"]
$config_db["default"]["db"]  
$config_db["default"]["user"]
$config_db["default"]["password"]

Kemudian konfigurasinya adalah seperti di bawah ;

$config_db["default"]["driver"]   = "mysqli";
$config_db["default"]["host"]     = "localhost";
$config_db["default"]["db"]       = "dbpizza";
$config_db["default"]["user"]     = "root";
$config_db["default"]["password"] = "";


Langkah seterusnya, pengguna boleh menguji aplikasi yang dibangunkan telah dikonfigurasi dengan betul. Taip URL berikut:


Jika konfigurasi adalah betul , pengguna boleh mengakses aplikasi dengan mengguna username / password yang telah disetkan secara default iaitu administrator/demo (pengguna boleh mengubah password di dalam fail config.inc.php

posted by : Che Wahida

0 comments:

Post a Comment