Thursday, 29 October 2015

JSON ~ Bahagian 2: Apakah sintaks JSON?


JSON adalah subset kepada Javascript yang secara ringkasnya merangkumi 3 aspek;
  • Data yang diwakili oleh pasangan nama/nilai.
  • Objek :
    • dipegang dalam curly braces { } , 
    • setiap nama diikuti : (colon),
    • setiap pasangan diasingkan oleh , (koma).
  • Tatasusunan :
    • dipegang dalam square braces [ ,
    • nilai-nilai diasingkan  oleh , (koma).

Apakah perbezaan di antara JSON dengan XML?


JSON
XML
     1.    Format yang mudah dibaca?
Ya
Ya
     2.    Bahasa bebas?
Ya
Ya
     3.    Menyokong situasi cipta, baca, decode?
Ya
Ya
     4.    Penulisan kod?
Pendek
Panjang
     5.    Penggunaan tatasusunan? *
Ya
Tidak
     6.    Penghantaran Javascript? **
Ya
Tidak
* XML (Extensible Markup Language) digunakan untuk menerangkan data berstruktur yang tidak mengandungi tatasusunan.
** Method eval bagi Javascript menghantar JSON, jadi ia boleh memulangkan objek

Contoh JSON :

{
    “syarikat” : “Toyota”,
    “model” : “Avanza”,
    “harga” : 65000
}

Contoh XML:

<kenderaan>
     <syarikat>Toyota</syarikat>
     <model>Avanza</model>
     <harga>65000</harga>
</kenderaan>

0 comments:

Post a Comment